Assalamualaikum WarrohMatullah Hiwabarokatuh..
Lama rasanya saya tak update blog ini.. tercetus satu idea untuk saya menulis, hasil drpd perbincangan dengan ayahanda tercinta..
Didalam pembelajaran Kitab Ihya Ulumuddin karangan Al-Imam Al-Ghazali Rahimahtullah Taala dan Sirur Salikin karangan Syeikh Abdul Samad Al-Palembangi (Kitab Ringkasan dan terjemahan Ihya Ulumuddin dalam bahasa Melayu), ada fasal pada menyatakan cinta kepada Allah..
Diringkaskan, dibawah fasal tersebut, ada bab yg berkisar tentang cintakan makhluk... Apa yg dpt ana fahami, walau sedalam mana pun cinta kita kepada sesuatu, walau sehebatmana pun perasaan syg kita kepada sesuatu, harus diingatkan, jangan lah ia melebihi drpd perasaan cinta kita kepada Allah.. Mengapa ? Kerana kita mencintai sesuatu melebihi drpd cinta kita kepada Allah, maka Allah akan menjadikan sesuatu yg kita cintai itu sebagai beban bahkan sebagai bala keatas kita...
Mengapa Allah berbuat demikian ? Kejamnya Allah !
Tidak sama sekali.. Bahkan ini berlaku kerana Allah cemburu dgn perlakuan kita tersebut..
Ayuh kita fikirkan, apakah tujuan Allah menciptakan manusia. ? ini jawapannya..
Inilah tujuan mengapa manusia dan jin diciptakan.. supaya kita tunduk dan patuh beribadah kepada Allah.. Tetapi apabila ternyata kita mempunyai perasaan cinta melebihi daripada cintanya kita kepada Rabb 'Alamin, Maka daripada situ Allah akan menjadikan sesuatu yg kita cintai sebagai masalah kepada kita..
Misalan :
1. Terlalu taksub dan Cinta kepada Isteri : Kita byk melihat golongan sebegini, dimana mereka terlalu cintakan isteri mereka hingga lalai daripada Allah, kebanyakkannya akan berakhir dengan si isteri akan menjadi masalah kepada suami. Isteri berselingkuh, Isteri tidak taat, derhaka, nusyuz dan sebagainya menjadi suatu beban kepada sang suami yang tadinya terlalu cintakan isterinya melebihi drpd cintanya kepada Allah.
2. Terlalu taksub dan cinta kepada Harta benda dunia : maka golongan ini juga akan dijadikan Allah hartanya sebagai suatu yg membebani dirinya. Harta dirompak, kerugian didalam urusniaga, pecah amanah dan sebagainya.. sebagai contoh mudah kita lihat kepada Qarun, yg dahulunya adalah seorang yg abid dan rajin beribadah kepada Allah, kemudian Allah melimpahkan kepanya kekayaan yg cukup luas, hingga diriwayatkan kunci Gedung harta Qarun sahaja perlu diangkat oleh 100 ekor kuda.. Bagaimana pula dengan Bangunan gedungnya jika kuncinya sahaja harus diangkut oleh 100 ekor kuda ? tetapi apa yg terjadi kepada Qarun dek kerana terlalu cinta kepada hartanya ? Allah memerintahkan bumi supaya menelan Qarun bersama-sama dengan hartanya.. Lihat Azab Allah kepada mereka yang lalai..
Cukup sampai disini perkongsian saya yg serba ringkas, InsyaAllah akan disambung dimasa akan datang.. Wallahuaklam..
No comments:
Post a Comment