....وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لا تُحْصُوهَا ...
.....sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya..(Ibrahim : 34)
Allah menegaskan melalui ayat ini tentang betapa besarnya nikmat yang telah, sedang, dan akan Allah Taala kurniakan kepada hamba-hambanya. Sehinggakan, jika dihitung segala nikmat-nikmat Allah tersebut, pasti manusia tidak ada daya dan upaya buat menghitungnya.
Ädr'Î6sù ÏäIw#uä $yJä3În/u Èb$t/Éjs3è? ÇÊÌÈ
Maka Nikmat tuhan yang manakah yang layak kalian dustakan ??
( Ar-Rahman : 13 )
( Ar-Rahman : 13 )
Apakah anda merasa bahawa :
- Berjalan dengan kedua-dua kaki itu normal ? Sedangkan masih ramai manusia lain yang menggunakan kerusi roda dan tongkat !
- Berdiri dengan kedua betis itu perkara mudah ? padahal masih banyak manusia yang kehilangan kedua betisnya !
- Tidur nyenyak pada waktu malam perkara biasa ? sedangkan masih ramai yang tidak nyenyak tidurnya kerana dihimpit pelbagai masalah dan penyakit !
- Membaca menggunakan kedua-dua mata adalah rutin bagi manusia ? sedangkan masih ramai diluar sana membaca menggunakan tangan (tulisan Braile)
- Memakan makanan yang enak-enak ? sedangkan masih ramai yang menderitai kelaparan..
Renungkan lah ! Betapa besarnya fungsi pendengaran yang Allah kurniakan, bayangkan jika Allah menjadi kan Allah seorang yang Tuli ! kenanglah nikmat penglihatan seandainya Allah menjadikan kita seorang yang buta, kenanglah nikmat kecantikan kulit jika Allah menjadikan ianya berkudis atau ditimpa penyakit gatal. Allah jua telah menganugerahkan nikmat akal sehingga terhindar daripada penyakit gila !
Apakah anda mahu menjual sepasang mata anda dengan harga sebuah kereta mewah ? atau menjual fungsi pendengaran anda dengan sebuah mahligai indah ? atau menjual kewarasan akal dengan nilai 1 juta US Dollar ? Ketahuilah, apalah gunanya anda hidup mewah, tetapi anda akan menjadi tuli, buta dan gila !!! Bawalah wang berjumlah berjuta-juta pound sterling sekalipun, pasti tidak dapat anda membayar segala nikmat-nikmat yang telah Allah kurniakan.
Janji Allah ! Janji Yang Pasti Ditepati !
Dan Ketika tuhan kamu memberitahu : "Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambah nikmatku kepadamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur dan ingkar, sesungguhnya azabku amat pedih dan keras.. (Ibrahim : 7)
Rujukan :
No comments:
Post a Comment