Pada hari ini, terlintas sesuatu hal yang agak menarik untuk ana kongsikan bersama. Apabila disebut sahaja perkataan "Presiden of The United States" (POTUS), pasti anda semua akan terfikir bahawa merekalah individu yang paling berkuasa didunia dan terbayangkan wajah-wajah presiden Amerika Syarikat seperti Barrack Obama, George Walker Bush, Tony Blair dan lain-lain lagi. tetapi, ana bukan hendak bercerita berkenaan mereka, tetapi ana ingin berkongsi dengan antum semua berkenaan sejarah kepresidenan Amerika Syarikat yang telah pun "Berjasa Besar" kepada kita semua, rakyat Malaysia.
Harry S. Truman, Presiden Amerika Syarikat yang ke-33 daripada parti Demokrat. Beliau diberi gelaran yang agak pelik iaitu Give Ém Hell Harry. Beliau telah terpilih sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat pada tahun 1935 dibawah pentadbiran Presiden Franklin Delano Roosevelt sehingga tahun 1945. Pada tahun 12 April 1945, beliau telah dilantik ke jawatan Presiden Amerika Syarikat selepas penyandangnya, Franklin D.Roosevelt meninggal dunia akibat pendarahan didalam otak.
Saya ingin mengajukan persoalan kepada anda semua, apakah Harry S. Truman adalah seorang Presiden Amerika Syarikat yang banyak berjasa kepada dunia ? atau pun juga beliau seorang yang membawa malapetaka kepada dunia ? Dan mengapakah saya mengatakan bahawa beliau adalah seorang Presiden Amerika Syarikat yang telah "berjasa" kepada rakyat Malaysia ?
- Jasa-Jasa Beliau Kepada Malaysia
Untuk pengetahuan anda semua, beliau merupakan seorang Presiden Amerika Syarikat yang bertanggungjawab membuat keputusan bagi menggugurkan Bom Atom di Hiroshima dan Nagasaki, Jepun pada tahun 1945. Tindakan ini sememangnya dilihat keterlaluan. Tapi, tahukah anda bahawa rentetan daripada tindakan beliau ini telah pun berjaya melumpuhkan sama sekali kekuatan tentera Jepun daripada terus rakus mengganas di kawasan Asia Pasifik ? Membebaskan banyak negara daripada terus dijajah oleh Jepun seperti Indonesia, Myanmar, Singapura, Brunei, Filipina bahkan Tanah Melayu sendiri pada ketika itu.
Jika Penjajah Jepun tidak diajar sebegitu, apakah anda merasa mereka akan berundur secara sukarela daripada Tanah Melayu ? Seandainya Harry S. Truman tidak bertindak sedemikian, apakah penderitaan hidup rakyat di Tanah Melayu sepanjang penjajahan Jepun hanya berlansung selama 3 tahun setengah ? dimana rakyat Tanah Melayu ramai yang dijangkiti penyakit, kebuluran dimana-mana sahaja, pembunuhan dan lain-lain lagi. Hal ini mungkin juga akan berlanjutan selama berpuluh-puluh tahun akan datang. Tindakan drastik Presiden Truman ini telah menyebabkan Jeneral Itagaki, Komander Tertinggi Tentera Jepun menyerah kalah kepada Lord Louis Mounbatten, Pesuruhjaya Tinggi Tentera Berikat di Asia Pasifik seterusnya menamatkan penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Namun begitu, Presiden Harry Truman turut meninggalkan kesan-kesan negatif terhadap dunia semasa zaman kepresidenan beliau,
- Menyokong Pertubuhan Zionis
Presiden Harry Truman bertindak menyokong tindakan Pertubuhan Zionis Sedunia yang mahu menubuhkan negara Israel di bumi Palestin pada tahun 1948. Kesannya, ramai penduduk asal palestin tertindas dan menjadi pelarian di negara sendiri. Tindakan ini juga mengakibatkan wilayah Gaza, satu-satunya wilayah Palestin yang tinggal pada hari ini terus ditekan, ditindas dan pelbagai lagi kekejaman yang berlaku.
- Perang Dingin
Dasar Amerika Syarikat yang diperkenalkan oleh beliau iaitu Anti-Komunis juga membawa kepada berlakunya konfliks Perang Dingin dan Perlumbaan Senjata yang berterusan antara blok kapitalis dengan blok komunis. Konfliks ini juga membawa kepada Perang Vietnam iaitu antara Vietnam Utara yang berfahaman kapitalis dan disokong oleh Amerika Syarikat menentang Vietnam Selatan yang berfahaman Komunis serta didukung oleh Soviet Union.
Secara kesimpulannya, manusia adalah tidak sempurna dan sering melakukan kesilapan. Apa yang seharusnya kita lakukan ialah tingkatan kualiti ibadah serta menghindari perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar. Semoga artikel ini bermanfaat kepada para pembaca sekelian. Wassalam.
No comments:
Post a Comment