Pada hari ini, ana ingin menulis sesuatu yang agak menarik untuk kita kongsikan bersama, iaitu tips-tips penjagaan hamster. Sebelum itu, ayuh kita intai terlebih dahulu koleksi gambar-gambar hamster yg comel-comel dan cute-cute dibawah..
Hamster Spesis Roborovski
Hamster Spesis Russian Dwarf
Hamster Spesis Winter White
Dan banyak lagi sebenarnya spesis hamster yang wujud sebenarnya.. ^_^
okay, lets staright to the point, tentang kaedah-kaedah penjagaan hamster..
1. Jika anda adalah seorang yang baru ingin mencuba untuk berjinak-jinak dengan hamster, tidak salah untuk anda survey kedai-kedai haiwan di kawasan tempat tinggal anda. Hamster adalah spesis haiwan yang mudah untuk dijumpai dimana-mana saja.
2. Semua jenis hamster adalah serupa, cuma appearance mereka dan tempat asal-usul mereka sahaja yang membezakan diantara satu spesis dengan spesis yang lain.
3. Adalah lebih baik, sekiranya anda bela hamster secara pasangan ataupun "pair". Tidak salah untuk bela seekor sahaja, tapi lama-kelamaan hamster anda akan menjadi bosan, lesu dan tidak aktif bermain.
4. Pastikan sangkar yang anda gunakan adalah bersesuaian dengan bilangan hamster yang ingin dibela dan dilengkapi dengan mainan-mainan yang lengkap kerana hamster adalah spesis yang hyperaktif dan suka bermain. Contoh-contoh sangkar hamster :
5. Pada peringkat awal, saya tidak mengesyorkan kepada anda untuk terus memegang hamster anda. Jika anda melakukannya, anda berisiko untuk terkena gigitan hamster. Harus sedia maklum bahawa gigitan hamster boleh menyebabkan luka dan darah. Rasanya juga amat perit sekali ! Mulakan dengan membiarkan ia naik keatas sebelah tapak tangan anda, kemudian sebelah tangan anda lagi mengusap belakang badannya secara lembut. Sedikit demi sedikit cuba untuk menyuapkan makanan kedalam mulutnya. Lama-kelamaan, hamster anda pasti akan jinak :)
6. Antara makanan hamster yang paling popular adalah kuaci. Namun, banyak lagi makanan lain yang boleh diberi kepada hamster anda seperti bijian-bijian kering, kekacang dan makanan-makanan yang siap diproses. anda juga boleh memberikan hamster anda buah-buahan seperti epal, lobak merah dan pisang. Namun pemberian makanan basah tidak disyorkan untuk diberikan selalu kerana ia akan mengganggu sistem penghadaman hamster anda.
7. Kebersihan tempat tinggal hasmter harus dititik beratkan. anda harus sentiasa memastikan kediaman mereka bersih dan bebas daripada bakteria-bakteria yang bole memberi kesan negatif kepada hamster anda. Anda boleh menggunakan serbuk kayu seperti dibawah.
Antara kelebihan serbuk kayu ini adalah murah dan ia mudah untuk ditukarkan. Tukar serbuk kayu tersebut apabila anda mendapati ia sudah agak kusam dan kurang memuaskan.
8. Pastikan anda selalu memberikan vitamin kepada hamster anda seperti dibawah :
bagi memudahkan anda, anda cuba cari jenis vitamin yang menggunakan spray. Penggunaan spray amat mudah sekali. Anda hanya perlu spray kepada hamster anda sedikit vitamin tersebut, kemudia anda usap-usap hamster anda selama beberapa minit, kemudian hanya perlu lapkan sahaja hamster anda menggunakan kain tuala lembut.
Moga-moga tips ini sedikit sebanyak membantu mereka-mereka yang ingin berjinak-jinak dengan haiwan yang cukup comel, kiut dan manja ini. Wassalam. ^^
No comments:
Post a Comment