Ruangan Iklan

Saturday, 26 October 2013

P O T U S - Harry S. Truman


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh..

     Pada hari ini, terlintas sesuatu hal yang agak menarik untuk ana kongsikan bersama. Apabila disebut sahaja perkataan "Presiden of The United States" (POTUS), pasti anda semua akan terfikir bahawa merekalah individu yang paling berkuasa didunia dan terbayangkan wajah-wajah presiden Amerika Syarikat seperti Barrack Obama, George Walker Bush, Tony Blair dan lain-lain lagi. tetapi, ana bukan hendak bercerita berkenaan mereka, tetapi ana ingin berkongsi dengan antum semua berkenaan sejarah kepresidenan Amerika Syarikat yang telah pun "Berjasa Besar" kepada kita semua, rakyat Malaysia.


     Harry S. Truman, Presiden Amerika Syarikat yang ke-33 daripada parti Demokrat. Beliau diberi gelaran yang agak pelik iaitu Give Ém Hell Harry. Beliau telah terpilih sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat pada tahun 1935 dibawah pentadbiran Presiden Franklin Delano Roosevelt sehingga tahun 1945. Pada tahun 12 April 1945, beliau telah dilantik ke jawatan Presiden Amerika Syarikat selepas penyandangnya, Franklin D.Roosevelt meninggal dunia akibat pendarahan didalam otak.

     Saya ingin mengajukan persoalan kepada anda semua, apakah Harry S. Truman adalah seorang Presiden Amerika Syarikat yang banyak berjasa kepada dunia ? atau pun juga beliau seorang yang membawa malapetaka kepada dunia ? Dan mengapakah saya mengatakan bahawa beliau adalah seorang Presiden Amerika Syarikat yang telah "berjasa" kepada rakyat Malaysia ?

  • Jasa-Jasa Beliau Kepada Malaysia
     Untuk pengetahuan anda semua, beliau merupakan seorang Presiden Amerika Syarikat yang bertanggungjawab membuat keputusan bagi menggugurkan Bom Atom di Hiroshima dan Nagasaki, Jepun pada tahun 1945. Tindakan ini sememangnya dilihat keterlaluan. Tapi, tahukah anda bahawa rentetan daripada tindakan beliau ini telah pun berjaya melumpuhkan sama sekali kekuatan tentera Jepun daripada terus rakus mengganas di kawasan Asia Pasifik ? Membebaskan banyak negara daripada terus dijajah oleh Jepun seperti Indonesia, Myanmar, Singapura, Brunei, Filipina bahkan Tanah Melayu sendiri pada ketika itu.

     Jika Penjajah Jepun tidak diajar sebegitu, apakah anda merasa mereka akan berundur secara sukarela daripada Tanah Melayu ? Seandainya Harry S. Truman tidak bertindak sedemikian, apakah penderitaan hidup rakyat di Tanah Melayu sepanjang penjajahan Jepun hanya berlansung selama 3 tahun setengah ? dimana rakyat Tanah Melayu ramai yang dijangkiti penyakit, kebuluran dimana-mana sahaja, pembunuhan dan lain-lain lagi. Hal ini mungkin juga akan berlanjutan selama berpuluh-puluh tahun akan datang. Tindakan drastik Presiden Truman ini telah menyebabkan Jeneral Itagaki, Komander Tertinggi Tentera Jepun menyerah kalah kepada Lord Louis Mounbatten, Pesuruhjaya Tinggi Tentera Berikat di Asia Pasifik seterusnya menamatkan penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Namun begitu, Presiden Harry Truman turut meninggalkan kesan-kesan negatif terhadap dunia semasa zaman kepresidenan beliau,

  • Menyokong Pertubuhan Zionis
     Presiden Harry Truman bertindak menyokong tindakan Pertubuhan Zionis Sedunia yang mahu menubuhkan negara Israel di bumi Palestin pada tahun 1948. Kesannya, ramai penduduk asal palestin tertindas dan menjadi pelarian di negara sendiri. Tindakan ini juga mengakibatkan wilayah Gaza, satu-satunya wilayah Palestin yang tinggal pada hari ini terus ditekan, ditindas dan pelbagai lagi kekejaman yang berlaku.

  • Perang Dingin
     Dasar Amerika Syarikat yang diperkenalkan oleh beliau iaitu Anti-Komunis juga membawa kepada berlakunya konfliks Perang Dingin dan Perlumbaan Senjata yang berterusan antara blok kapitalis dengan blok komunis. Konfliks ini juga membawa kepada Perang Vietnam iaitu antara Vietnam Utara yang berfahaman kapitalis dan disokong oleh Amerika Syarikat menentang Vietnam Selatan yang berfahaman Komunis serta didukung oleh Soviet Union.

Secara kesimpulannya, manusia adalah tidak sempurna dan sering melakukan kesilapan. Apa yang seharusnya kita lakukan ialah tingkatan kualiti ibadah serta menghindari perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar. Semoga artikel ini bermanfaat kepada para pembaca sekelian. Wassalam.


Friday, 25 October 2013

Tips Penjagaan Hamster

Assalamualaikum W.R.H  W.B.T..

Pada hari ini, ana ingin menulis sesuatu yang agak menarik untuk kita kongsikan bersama, iaitu tips-tips penjagaan hamster.  Sebelum itu, ayuh kita intai terlebih dahulu koleksi gambar-gambar hamster yg comel-comel dan cute-cute dibawah..




Hamster Spesis Roborovski



Hamster Spesis Russian Dwarf



Hamster Spesis Winter White

Dan banyak lagi sebenarnya spesis hamster yang wujud sebenarnya.. ^_^
okay, lets staright to the point, tentang kaedah-kaedah penjagaan hamster.. 

1. Jika anda adalah seorang yang baru ingin mencuba untuk berjinak-jinak dengan hamster, tidak salah untuk anda survey kedai-kedai haiwan di kawasan tempat tinggal anda.  Hamster adalah spesis haiwan yang mudah untuk dijumpai dimana-mana saja.

2. Semua jenis hamster adalah serupa, cuma appearance mereka dan tempat asal-usul mereka sahaja yang membezakan diantara satu spesis dengan spesis yang lain.

3. Adalah lebih baik, sekiranya anda bela hamster secara pasangan ataupun "pair". Tidak salah untuk bela seekor sahaja, tapi lama-kelamaan hamster anda akan menjadi bosan, lesu dan tidak aktif bermain.

4. Pastikan sangkar yang anda gunakan adalah bersesuaian dengan bilangan hamster yang ingin dibela dan dilengkapi dengan mainan-mainan yang lengkap kerana hamster adalah spesis yang hyperaktif dan suka bermain. Contoh-contoh sangkar hamster : 



5. Pada peringkat awal, saya tidak mengesyorkan kepada anda untuk terus memegang hamster anda. Jika anda melakukannya, anda berisiko untuk terkena gigitan hamster. Harus sedia maklum bahawa gigitan hamster boleh menyebabkan luka dan darah. Rasanya juga amat perit sekali !  Mulakan dengan membiarkan ia naik keatas sebelah tapak tangan anda, kemudian sebelah tangan anda lagi mengusap belakang badannya secara lembut. Sedikit demi sedikit cuba untuk menyuapkan makanan kedalam mulutnya. Lama-kelamaan, hamster anda pasti akan jinak :)

6. Antara makanan hamster yang paling popular adalah kuaci. Namun, banyak lagi makanan lain yang boleh diberi kepada hamster anda seperti bijian-bijian kering, kekacang dan makanan-makanan yang siap diproses.  anda juga boleh memberikan hamster anda buah-buahan seperti epal, lobak merah dan pisang. Namun pemberian makanan basah tidak disyorkan untuk diberikan selalu kerana ia akan mengganggu sistem penghadaman hamster anda.

7. Kebersihan tempat tinggal hasmter harus dititik beratkan. anda harus sentiasa memastikan kediaman mereka bersih dan bebas daripada bakteria-bakteria yang bole memberi kesan negatif kepada hamster anda. Anda boleh menggunakan serbuk kayu seperti dibawah.



Antara kelebihan serbuk kayu ini adalah murah dan ia mudah untuk ditukarkan. Tukar serbuk kayu tersebut apabila anda mendapati ia sudah agak kusam dan kurang memuaskan.

8. Pastikan anda selalu memberikan vitamin kepada hamster anda seperti dibawah :


bagi memudahkan anda, anda cuba cari jenis vitamin yang menggunakan spray. Penggunaan spray amat mudah sekali. Anda hanya perlu spray kepada hamster anda sedikit vitamin tersebut, kemudia anda usap-usap hamster anda selama beberapa minit, kemudian hanya perlu lapkan sahaja hamster anda menggunakan kain tuala lembut.

Moga-moga tips ini sedikit sebanyak membantu mereka-mereka yang ingin berjinak-jinak dengan haiwan yang cukup comel, kiut dan manja ini. Wassalam. ^^


Thursday, 24 October 2013

Merenunglah Dan Bersyukurlah

Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepada mereka. Terlalu banyak nikmat yang Allah Taala kurniakan meliputi hujung rambut hingga ke hujung kaki, kesihatan, keamanan, udara dan air bahkan segala-segalanya adalah merupakan nikmat Allah Taala.  Firman Allah Taala :

                  ....وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لا تُحْصُوهَا ...  
          
           .....sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan                                     dapat menghitungnya..(Ibrahim : 34)

Allah menegaskan melalui ayat ini tentang betapa besarnya nikmat yang telah, sedang, dan akan Allah Taala kurniakan kepada hamba-hambanya.  Sehinggakan, jika dihitung segala nikmat-nikmat Allah tersebut, pasti manusia tidak ada daya dan upaya buat menghitungnya.


Ädr'Î6sù ÏäIw#uä $yJä3În/u Èb$t/Éjs3è? ÇÊÌÈ

                      Maka Nikmat tuhan yang manakah yang layak kalian dustakan ?? 
                                                                          ( Ar-Rahman : 13 )



Apakah anda merasa bahawa :

  • Berjalan dengan kedua-dua kaki itu normal ? Sedangkan masih ramai manusia lain yang menggunakan kerusi roda dan tongkat !
  • Berdiri dengan kedua betis itu perkara mudah ? padahal masih banyak manusia yang kehilangan kedua betisnya !
  • Tidur nyenyak pada waktu malam perkara biasa ? sedangkan masih ramai yang tidak nyenyak tidurnya kerana dihimpit pelbagai masalah dan penyakit !
  • Membaca menggunakan kedua-dua mata adalah rutin bagi manusia ? sedangkan masih ramai diluar sana membaca menggunakan tangan (tulisan Braile)
  • Memakan makanan yang enak-enak ? sedangkan masih ramai yang menderitai kelaparan..

Renungkan lah ! Betapa besarnya fungsi pendengaran yang Allah kurniakan, bayangkan jika Allah menjadi kan Allah seorang yang Tuli ! kenanglah nikmat penglihatan seandainya Allah menjadikan kita seorang yang buta, kenanglah nikmat kecantikan kulit jika Allah menjadikan ianya berkudis atau ditimpa penyakit gatal.  Allah jua telah menganugerahkan nikmat akal sehingga terhindar daripada penyakit gila ! 

Apakah anda mahu menjual sepasang mata anda dengan harga sebuah kereta mewah ? atau menjual fungsi pendengaran anda dengan sebuah mahligai indah ? atau menjual kewarasan akal dengan nilai 1 juta US Dollar ? Ketahuilah, apalah gunanya anda hidup mewah, tetapi anda akan menjadi tuli, buta dan gila !!! Bawalah wang berjumlah berjuta-juta pound sterling sekalipun, pasti tidak dapat anda membayar segala nikmat-nikmat yang telah Allah kurniakan.

Janji Allah ! Janji Yang Pasti Ditepati ! 



                Dan Ketika tuhan kamu memberitahu : "Demi sesungguhnya, jika kamu                  bersyukur nescaya aku akan tambah nikmatku kepadamu, dan demi                            sesungguhnya, jika kamu kufur dan ingkar, sesungguhnya azabku amat                                                      pedih dan keras.. (Ibrahim : 7)

Rujukan :